Tentang Kami

Who We Are

JJU AutoExpert Sdn. Bhd. (KC0010436-M) ialah sebuah bengkel automotif tempatan yang menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan secara menyeluruh. Ditubuhkan pada tahun 2012 dan beroperasi di Sungai Petani, Kedah, kami komited untuk menyediakan servis yang berkualiti, telus dan boleh dipercayai kepada setiap pelanggan. Sebagai rakan rasmi PETRONAS AutoExpert, JJU AutoExpert menggunakan minyak enjin PETRONAS tulen serta peralatan diagnostik moden bagi memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan optimum dan selamat di jalan raya. Setiap kerja penyelenggaraan dikendalikan oleh mekanik berpengalaman yang mematuhi prosedur kerja dan piawaian yang ditetapkan. Kami percaya bahawa kepuasan pelanggan bermula dengan kejujuran dan profesionalisme. Oleh itu, setiap servis akan diterangkan dengan jelas sebelum kerja dilakukan, tanpa caj tersembunyi. Selain itu, kami turut menawarkan kemudahan pelan bayaran ansuran patuh syariah bagi membantu pelanggan mengurus kos penyelenggaraan kenderaan dengan lebih fleksibel. Dengan sokongan pelanggan setia dan maklum balas positif yang diterima, JJU AutoExpert terus berusaha memperkukuh jenama sebagai bengkel pilihan yang dipercayai, selari dengan visi kami untuk berkembang sebagai bengkel automotif moden yang memberi nilai kepada komuniti setempat.
untitled design (70)
2
untitled design (74)
Pasukan JJU AutoExpert terdiri daripada mekanik dan staf sokongan yang berpengalaman, berkemahiran serta komited terhadap kualiti kerja. Setiap servis dilaksanakan mengikut piawaian PETRONAS AutoExpert bagi memastikan keselamatan, prestasi dan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin.
Jangan tunggu hingga masalah menjadi lebih besar. Dapatkan servis profesional oleh bengkel PETRONAS AutoExpert yang dipercayai.

untitled design (11)

SIGN UP SETEL SEKARANG & CLAIM VOUCHER ANDA DI JJU AUTOEXPERT HARI INI!!!

This will close in 17 seconds