Servis Undercarriage & Suspension

Pemanduan Lebih Stabil, Keselesaan Maksimum

Sistem undercarriage adalah bahagian penting pada kenderaan yang menyokong kestabilan, keselamatan dan keselesaan pemanduan. Ia merangkumi komponen seperti absorber, lower arm, bush, mounting, link stabilizer dan lain-lain. Di bengkel kami, pemeriksaan dan servis undercarriage dilakukan oleh mekanik berpengalaman bagi memastikan setiap komponen berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Servis ini penting untuk memastikan kereta anda lebih stabil, selamat dan selesa dipandu, sama ada untuk perjalanan harian atau jarak jauh.
🚨 JJU Tips

Tanda Undercarriage Bermasalah

Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, kemungkinan sistem undercarriage kereta anda perlu diperiksa:

  • Bunyi ketuk atau “kluk kluk” apabila melalui jalan tidak rata
  • Kereta terasa tidak stabil atau bergoyang semasa memandu
  • Stereng terasa lari atau tidak lurus
  • Tayar haus tidak sekata
  • Kereta terasa keras atau terlalu lembut ketika melalui bonggol

Jika tanda ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kerosakan lebih serius dan menjejaskan keselamatan pemanduan.

Pemeriksaan penuh sistem undercarriage
Tukar absorber / shock absorber
Tukar lower arm & bush
Tukar link stabilizer
Tukar engine mounting & gearbox mounting
Pemeriksaan bunyi pada bahagian bawah kereta
Mounting & bearing
Ball joint
Tie rod end

Kenapa Perlu Servis Undercarriage Secara Berkala

Servis undercarriage yang baik membantu:

  • Meningkatkan kestabilan kereta semasa memandu
  • Memberikan keselesaan pemanduan yang lebih baik
  • Mengurangkan haus tayar yang tidak sekata
  • Mengelakkan kerosakan besar pada komponen lain
  • Menjaga keselamatan pemandu dan penumpang

Pemeriksaan Profesional Oleh Mekanik Berpengalaman

Pasukan mekanik kami mempunyai pengalaman dalam mengesan masalah bunyi, getaran dan ketidakstabilan kereta yang berkaitan dengan sistem undercarriage.

Kami akan memberikan penerangan yang jelas tentang keadaan komponen sebelum mencadangkan sebarang pembaikan atau penggantian.

Mekanik berpengalaman
Peralatan servis yang tepat
Komponen berkualiti & tulen
Khidmat konsultasi profesional

Hubungi kami hari ini untuk pemeriksaan undercarriage kereta anda dan nikmati pemanduan yang lebih stabil, selesa dan selamat.

Contact Form Demo

untitled design (11)

SIGN UP SETEL SEKARANG & CLAIM VOUCHER ANDA DI JJU AUTOEXPERT HARI INI!!!

This will close in 17 seconds